Running Man

Assalammualaikum ^_^ Hai everyone nama saya ialah Alya Izzati dan saya suka sangat Running Man!!! Kenapa saya suka sangat? Why? Because Running Man nii kelakar sangat. >.<>

Wednesday, 11 June 2014

Apa itu SLE

Alya dapat maklumat tentang penyakit SLE ini dari Pak Cik Google Internet.SLE ialah singkatan bagi Systematic Lupus Erythematosus.Ia merupakan penyakit berkaitan sistem ketahanan tubuh.Sistem ketahanan tubuh manusia normal yang sihat dapat melindungi tubuh seseorang manusia daripada sebarang jenis jangkitan.Tetapi sistem ketahanan tubuh penghidap SLE tidak dapat melindungi tubuhnya daripada jangkitan.Malah  antibodi yang dihasilkan oleh tubuhnya untuk menentang sesuatu jangkitan akan menyerang pula sel-sel darah,organ-organ dan tisu-tisu dalam tubuhpenghidap SLE sehingga mengundang penyakit kronik.SLE menyebabkan kekeliruan pada pada sistem ketahanan tubuh secara tidak langsung melibatkan pelbagai organ di dalam tubuh badan manusia.Antara organ organ tubuh badan yang turut menerima kesan ialah tulang,kulit,buah pinggang,sistem saraf,darh,jantung dan paru-paru.Penghidap SLE akan mengalami sakit sendi atau bengkak sendi di jari-jari tangan dan pada pergelangan tangan serta kaki.Mukanya juga akan dipenuhi ruam-ruamterutama sekali di bahagianpip dan hidung.Keadaan ini akan menjadi lebih teruk sekiranya penghidap SLE terus terdedah pada pancaran sinar matahari.Buah pinggang penghidap juga akan turut terjejas.Pemindahan buah pinggang terpaksa dilakukan jika keadaan penghidap SLE semakin dan bertambah teruk.Penghidap SLE akan turut merasa kesakitan pada bahagian  dada dan mengalami kesukaran ketika bernafas .Dia boleh juga diserang sawan dan sakit kepala yang amat teruk.SLE kerap menyerang wanita yang berusia di antara 10 dan 50 tahun berbanding lelaki.Penhidap SLE turut diberi ubat steroid dan ubat untuk menngkatkan imunisasitubuh badan penghidap SLE.Ubat-ubat ini hanya boleh mengawal keadaan penyakit SLE.Pembaca-pembaca semua tahu bahawa ubat steroid ini ialah sejenis dadah.Bagi manusia yang pertama kali terkena penyakit SLE ini terpaksa menelan sebanyak 16 tablet sehari. Tidak sangka begitu banyak sekali tablet yang perlu dimakan oleh penghidap SLE ini.Alhamdullilah manusia seperti kita ini harus bersyukur kerana masih tidak terkena lagi penyakit SLE ini.Mudah-mudahan manusia ataupun golongan yang terkena penyakit SLE ini akan cepat sembuh daripada penyakit yang sangat berbahaya ini.AMIN.Syukurlah kita kepada hadrat ALLAH S.W.T kerana masih memberikan nafas kepada kita seeeehingga hari ini.Alya pergi dulu Alya nak bersarapan dulu.Wassalam.

No comments:

Post a Comment